Saturday 2 November 2013

Spekulasi ancaman "Melayu Baru" - MANIPULASI POLITIK PERKAUMAN



Istilah 'MELAYU BARU' adalah salah satu cara lagi manipulasi politik berbau perkauman yang sedang rancak diformulakan dan dipraktikan oleh Kuala Lumpur untuk terus memperkukuhkan kedudukan politiknya khasnya di Sabah dan amnya di SS. Tindakan 'memelayukan' bangsa lain terutamanya KDMR oleh Kuala Lumpur jelas dan nyata suatu tindakan yang berbau perkauman dan boleh mengundang perpecahan bangsa dan kaum di Persekutuan Malaysia.

Permainan manipulasi politik yang melibatkan suku kaum ini membolehkan bangsa Melayu mendapat jumlah kependudukan dan taburan penduduk yang sangat tinggi di Persekutuan Malaysia. Dari segi politiknya, parti tertentu (UMNO) akan terus mendominasi jumlah pengundian. Kemungkinan besar akan ada lagi rombakan persempadanan yang akan dilakukan sebelum PRU14 nanti dan sudah pastinya jumlah kerusi untuk parti UMNO akan ditambah.

Sebagai contohnya DUN N32 Tambunan.

Sehingga PRU13 N32 Tambunan hanya SATU DUN saja. Saya percaya N32 Tambunan ini akan dipecahkan kepada TIGA DUN menjelang PRU14. Pecahan ini terdiri adalah seperti berikut: DUN N32 (PBS), DUN N61 (UMNO) dan DUN N62 (UMNO). Sempadan bagi N32 dipanggil TRUS MADI, sempadan N61 dipanggil PATAU dan N62 dipanggil KITOU. Jumlah keseluruhan kerusi BN akan naik...begitu juga kerusi UMNO juga akan bertambah.

Secara peribadi, formula baru "MELAYU BARU' ini HANYA SATU TUJUAN iaitu MANIPULASI POLITIK!

POSIK!

Facebook: Leo L Okala

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...