Saturday 2 November 2013

Kisah kampung di Sabah - JLORENS MILOG



Message Jlorens Milog in STAR SABAH Facebook

Dalam minggu ini,saya telah membuat satu kajian tentangg potensi pelancongan di salah sebuah kampung (kampung X) yang baru bertapak/dibina sejak sekitar tahun 60-an. 

Di kampung ini, berdasarkan apa yang saya lihat.kampung ini telah menikmati pelbagai kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Antaranya ialah sekolah rendah yang dibina menggunakan konkrit separas pinggang, bekalan elektrik, dan yang paling jelas ialah keselesaan jalan raya yang sangat baik kualitinya (two way)(dalam gambar).

Melalui kajian ini, saya langsung teringat akan keadaan kampung saya yang yang sudah bertapak sejak sekitar awalan 20-an. Antara kemudahan yang dinikmati hinggalah sekarang ialah bekalan elektrik yang hampir setiap hari mengalami kerosakan (black out). 

Manakala kemudahan sekolah hanya boleh didapati apabila berjalan kaki selama sejam lebih dari kampung dan bangunan sekolahnya tetap sama sejak tahun 90-an hinggalah sekarang 2013. Nasib baiklah org kampung selalu gotong royong menampal "situ dan sini, atas dan bawah" pada dinding dan tangga apabila berlaku kerosakan.

Dan yang paling menyedihkan ialah keadaan jalanraya yang sangat teruk. Jalan raya (one way only). Jalanraya di kampung saya memang pernah dibuat tapi dalam masa 1-3 tahun sahaja, ia sudah mulai kelihatan seperti jalan di tempat kegiatan pembalakan.

Kalau ikut logik, sepatutnya.mana-mana kampung yang sudah lama bertapak, seharusnya juga sudah banyak menikmati kemudahan dari kerajaan. Tapi dalam kes ini. kampung yang dikira baru dibina malah lebih cepat menikmati kemudahan dari kerajaan. 

Dimanakah silapnya dan apakah salahnya kampung saya sehingga kerajaan kurang mempedulikannya?


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...