Vote for STAR!

Only STAR Party can protect and bring back the Truly concept of Independence and Sovereign Country!

Sarawak for Sarawakian!

The Spirit of Sarawak for Sarawakian is getting stronger everyday!

Is this Sabah and Sarawak fate?

Sabah and Sarawak were promised to have a Self-Government. But what happen after 50 years forming The Federation of Malaysia?

Sabah 50th Independence Day

Sabah or formerly known as North Borneo was granted an Independence by British on 31 August 1963

Sarawak 50th Independence Day

Sarawak was granted Independence by British on 22 July 1963

Friday, 15 November 2013

Bagaimana sabah boleh mendapatkan kuasa pemerentahan dan kuasa ekonominya semula sebagai sebuah negara? - HENDRY MINAR


BAGAIMANA SABAH BOLEH MENDAPATKAN KUASA PEMERENTAHAN DAN KUASA EKONOMINYA SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA?

Hendry Minar is a candidate for State Reform Party (STAR) for DUN Keranaan, Ranau, Sabah in GE-13

Negara Sabah boleh mendapatkan semula kuasa pemerintahannya dan kuasa terhadap ekonomi Negara Sabah dengan adanya perpaduan antara semua bangsa yang ada di Negara Sabah

Ini kerana, Negara Sabah adalah sebuah Negara yang dijajah dengan cara halus melalui teknik “Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)” Mengapa? Dengan cara inilah Negara Sabah senang untuk dijajah, tidak akan dapat bersatu dan sukar untuk mendapatkan kuasanya disebabkan tiada penyatuan suara daripada rakyat Negara Sabah untuk menuntut hak-hak Negara Sabah. 

Penyelasaian kepada masalah ini adalah melalui “Perpaduan”. 

Dengan adanya perpaduan ini maka kita akan menjadi Satu Suara yang Kuat untuk menuntut hak-hak Negara Sabah seperti hak keatas ekonomi dan kuasa pemerintahan sesuai dengan 20 Perkara Negara Sabah yang menjadi syarat kepada pembentukan Persekutaun Malaysia.

Mari bersama merenung perkara ini demi masa depan sabah dalam malaysia. 

Bersatu kita menterjemahkan.
Jangan lagi kita digula-gulakan.


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

EXCLUSIVE: Dato Kalong Ningkan once said: "SARAWAK IS FOR SARAWAKIANS"



Page 51 of the book "Challenging Times" by Tunku Abdul Rahman


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

EXPOSE: 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.



Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

“Menurut Husin, Rashid ‘mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah’ bagi membantu Umno menguasai politik di sana,” kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan ‘segera’ dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tiada apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai ‘Projek IC’.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS – yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 – mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan ‘Projek IC’ sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

Namun barang harus diingat,tuduhan ini belum terbukti kerana kami tidak menjumpai sumber wikileaks yang diperkatakan.

Lagipun,bukti percakapan tanpa ada bukti fizikal seperti rakaman audio,video atau sebagainya,amat sukar untuk diterima-pakai.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat sumber-sumber yang jelas mengenai perkara ini,eloklah pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan selanjutnya.Samada ingin membuka siasatan atau sebaliknya,ianya terpulang.

Namun,kes ini amat berat pada pandangan kami.ianya berkaitan dengan sebuan badan yang sepatutnya bebas daripada tekanan mana-mana parti politik yang memerintah.

Apa pandangan anda mengenai isu SPR mengeluarkan kad pengenalan palsu ini?

READ MORE: CLICK HERE


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...