Saturday 2 November 2013

Bajet 2014: Peruntukan besar di Sarawak biar pada tempatnya

Bajet 2014 yang amat dinanti-nantikan itu sudah pun dibentangkan. 


Ramai menggelar belanjawan kali ini sebagai ‘Bajet GST' dan ‘Bajet Gula', merujuk kepada cadangan perlaksanaan sistem GST bermula pada tahun 2015 dan pemansuhan subsidi gula mulai Sabtu lepas


Dari sudut ini, Bajet 2014 jelas belanjawan yang berani kerana cuba untuk tidak populis.

Mungkin ini cerminan ‘keyakinan' perdana menteri dengan mandat baru beliau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, khususnya daripada Malaysia Timur. 



Sekilas pandang, Bajet 2014 tampak lebih mesra Sarawak dan Sabah. 



Berikut projek-projek utama yang dikhususkan untuk Malaysia Timur dalam pembentangan Bajet 2014 yang lepas:
  1. RM850 juta untuk kabel dasar laut bagi peningkatan capaian Internet di Sarawak dan Sabah.
  2. RM500 juta untuk Lebuh Raya Pan-Borneo
  3. RM331 juta untuk penyeragaman harga barangan di Sarawak dan Sabah.
  4. RM312 juta untuk menaik taraf beberapa lapangan terbang termasuk di Sarawak dan Sabah.
  5. RM130 juta untuk subsidi pengangkutan udara luar bandar di Sarawak dan Sabah.
  6. RM75 juta untuk bantuan tangki air di Sarawak.
  7. RM50 juta untuk kerja pengukuran dan pengesahan tanah adat bumiputera Sarawak dan Sabah.
  8. RM30 juta untuk 60 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia di Sarawak dan Sabah.
  9. Dua buah RTC untuk Sarawak dan Sabah.
  10. Sebuah UTC di Sarawak
Secara keseluruhan, projek-projek di atas berjumlah sekurang-kurangnya RM2.3 bilion. Jelas ia peruntukan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

Tentunya rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama bersyukur kepada Allah atas peruntukan sebesar ini. 




Namun adakah cadangan-cadangan perdana menteri ini menepati keperluan sebenar rakyat di sana?


Sebagai contoh, peruntukan RM850 juta untuk kabel dasar laut walaupun baik tetapi saya kira agak besar dan tidak menepati keperluan sebenar rakyat Sarawak, khususnya di luar bandar.





By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...