Wednesday, 20 November 2013

STATE SHOULD TAP POTENTIAL REVENEUS - DATUK DR. JEFFREY KITINGAN


UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2014
OLEH DATUK DR. JEFFREY KITINGAN, ADUN BINGKOR

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan is the Chairman of STAR Sabah and State Assemblymen for N33, Bingkor, Sabah.
He also contested in P180, Keningau garnering 11900 strong votes

STATE SHOULD TAP POTENTIAL REVENEUS 

Kerajaan Sabah mempunyai banyak sumber untuk menambahbaik kedudukan kewanganya : - 

Paling mudah – tuntut hak kewangan Sabah dalam Persekutuan,

Ada tiga (perkara) sumber kewangan yang boleh diambil kira oleh kerajaan Sabah.

1. Pemulangan 40% Hasil Bersih Yang Dipungut Dari Sabah

40% Hasil Bersih (Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan) Page 326/327 Fed. Con). Kerajaan Sabah berhak untuk menuntut 40% daripada hasil Bersih (Net Revenue) yang kerajaan Pusat pungut dari Sabah. 

40% ini boleh memulangkan paling sedikit RM10 billion kepada Sabah e.g. (40% x [28b – 3b] = 10b (2012)

2. Royalti Minyak

Kerajaan Sabah dan Persekutuan masing-masing menerima 5% Royalti pada masa sekarang.

Kerajaan Pusat sebenarnya tidak perlu menerima 5% Royalti ini sebab ianya sudah menerima keuntungan daripada dividen khas sebanyak RM30 bilion setahun dari Petronas yang dimiliki 100% oleh Kerajaan Pusat yang juga menerima wang cukai sebanyak melebih RM30 bilion daripada keuntungan Petronas.

Maka kerajaan Sabah bolehlah memujuk kerajaan Pusat untuk memberi dan memindahkan Royalti tambahan 5% ini serta merta daripada Pusat tanpa menjejas kedudukan mana-mana pihak termasuk Petronas. Bayaran 5% ini serta merta akan menambah hasil Sabah dengan RM1.4 bilion.

Dengan hubungan baik yang dikatakan ujud diantara Kerajaan Negeri Sabah dan Pusat saya percaya Ketua Menteri boleh melakukannya demi kebaikan dan kepentingan Sabah yang kita cintai ini.

Jika ini berlaku Kerajaan Sabah boleh lipatgandakan hasil Sabah daripada RM1.4 bilion kepada RM2.8 bilion dengan serta merta.

3. Cukai Tanah Petronas

Petronas menggunakan Tanah kawasan Sabah untuk mencarigali dan menjalankan operasinya tetapi sehingga hari ini tidak mendapat sewa tanah daripada Petronas. Oleh sebab itu Kerajaan Sabah berhak untuk menerima atau memungut sewa daripada sumber ini.

Jika kerajaan Sabah mengenakan cukai tanah keatas tanah-tanah yang diusahakan oleh Petronas dan syarikat minyak antarabangsa yang berusahasama dengan Petronas, kemungkinan besar, hasil Sabah akan bertambah dengan berpuluh-puluh juta Ringgit Malaysia.

Sebenarnya, Bajet 2014 seharusnya berjumlah RM20 bilion jika dibandingkan dengan Bajet Negara Brunei tahun 2013/2014 sebanyak RM15.677 bilion (Brunei Dollar BD6.1 bilion) dan Singapura dimana Bajet 2013/2013 ada RM142.12 bilion (SGD55.03 bilion). 

FULL BUDGET DEBATE: CLICK HERE


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...