Wednesday, 20 November 2013

Budget 2014 merupakan DEFISIT yang TERBESAR dalam sejarah - DATUK DR. JEFFREY KITINGAN


UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2014
OLEH DATUK DR. JEFFREY KITINGAN, ADUN BINGKOR

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan is the Chairman of STAR Sabah and State Assemblymen for N33, Bingkor, Sabah.
He also contested in P180, Keningau garnering 11900 strong votes

Tuan Speaker,

Terima kasih kerana memberikan saya peluang membahas Budget 2014 yang baru sahaja dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri merangkap menteri Kewangan pada 15/11/2013.

Pembentangan dan persembahan Budget 2014 oleh YAB Ketua Menteri sangat mengkagumkan kerana dia telah melukiskan satu senario yang sedap didengar dan dibayangkan untuk mendodoikan kita semua di Dewan yang mulia ini – budget yang terbesar : hasil yang meningkat 20% atas persembahan itu saya ucapkan tahniah kepada YB Menteri Kewangan.

Walaubagaimanapun, saya tidak melihat kebenaran itu . Benarkan saya, Tuan Speaker, untuk memberi penjelasan.

Jika kita menganalisa fakta-fakta Belanjawan 2014 ini, kita akan melihat dan memahami dengan lebih jelas lagi senario kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah yang sebenarnya,

Yang Jelas,

1. Budget 2014 adalah budget yang mempunyai DEFISIT yang TERBESAR dalam sejarah (RM 1,039 Juta)

2. Kedudukan Kewangan Negeri Sabah tidak kukuh hanya bergantung kepada dua Komoditi (50.5%)

a. Cukai Jualan minyak sawit (20%)
b. Royalty Petroleum (30.5%)

Yang mana YAB Ketua Menteri mengakui tertakluk kepada pasaran global.

3. Hasil Negeri telah menurun bukan meningkat sepertimana yang kita dengar – iaitu:-

a. 2013 - RM3,828 juta
b. 2014 – RM3,583 juta

4. Hutang Negeri Sabah akan meningkat daripada RM500 juta kepada RM1,000 juta tidak termasuk hutang kepada Kerajaan Pusat.

FULL BUDGET DEBATE: CLICK HERE


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...