UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2014
OLEH DATUK DR. JEFFREY KITINGAN, ADUN BINGKOR
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan is the Chairman of STAR Sabah and State Assemblymen for N33, Bingkor, Sabah.
He also contested in P180, Keningau garnering 11900 strong votes
|
Tuan Speaker,
Satu diantara objektif Belanjawan 2014 ialah pembasmian Kemiskinan.
Tiap-tiap tahun objektif ini ada dan Kerajaan Negeri telah menceritakan kejayaannya untuk menurunkan kadar kemiskinan ini, namun Sabah masih lagi terkenal sebagi Negeri yang termiskin di Malaysia mengikut Laporan EPU, Jabatan Perdana Menteri Malaysia sendiri.
- Isirumah Miskin tegar – 15,805 orang (Negara)
- Isirumah Miskin – 108,000 (Negara)
- Isirumah Miskin Tegar di Sabah - 8,457 orang (53.5%)
- Di Sarawak – 1,801 orang (11.4%)
Bagi isi rumah miskin pula
Sabah - 42,400 (39.3%) – Terbesar
Sarawak - 12,600 (11.7%) – No. 2
Ini bermakna Negara Sabah dan Sarawak kedua-duanya pengeluar minyak adalah juga negara-negara yang paling miskin di Malaysia.
Lebih separuh (51.11%) (55,000) isi rumah miskin di Malaysia berada di Sabah dan Sarawak.
Dan lebih 64.9% atau 10,258 isi rumah miskin tegar adalah di Borneo – Sabah/Sarawak
Garis Kemiskinan :
SM : RM 763/-
SABAH : RM1,048/-
SARAWAK : RM912/-
0 comments :
Post a Comment