Tuesday 12 November 2013

EXCLUSIVE: (1986) Rusuhan di Sabah


(1986) Rusuhan di Sabah


Rusuhan Sabah 1986 berlaku di antara Mac dan Mei di beberapa lokasi seluruh negeri Sabah. Rusuhan itu tertumpu di Kota Kinabalu, dan juga bandar Tawau dan Sandakan.

Pada 12 Mac, tujuh bahan letupan plastik telah diletupkan di Kota Kinabalu. Satu bom turut diletupkan di Tawau. 

Rusuhan itu telah mengakibatkan 5 kematian.

Rusuhan itu terjadi berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, 1985, di mana Parti Bersatu Sabah (PBS) yang baru sahaja ditubuhkan telah menang, dan menjatuhkan parti BERJAYA dari tampuk pemerintahan. BERJAYA merupakan kerajaan sebelum itu dan merupakan parti komponen Barisan Nasional. 

Telah dilaporkan bahawa kumpulan perusuh telah berarak untuk cuba menggulingkan presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan dari jawatan Ketua Menteri.

Jelas sekali pihak Kuala Lumpur yang telah menaja parti Berjaya telah kalah dan Kuala Lumpur telah menggunakan taktik kotor mereka iaitu memperalatkan PTI buat kacau di Bandar-bandar utama Sabah untuk mempromosi TERROR di kalangan rakyat asal Sabah! 

Inilah satu lagi sandiwara politik Kuala Lumpur di Sabah kerana kalah dalam pilihanraya!

(Nota: RUSUHAN DI KOTA KINABALU TELAH DIREKA KHAS OLEH KUALA LUMPUR KERANA PARTI BERJAYA YANG DITAJA KALAH TERUK DALAM PRU)


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...