Tuesday 12 November 2013

EXCLUSIVE: (1986 – 1994) Kejatuhan Parti Bersatu Sabah (PBS)


(1986 – 1994) Kejatuhan Parti Bersatu Sabah (PBS)


Apabila Kerajaan Berjaya ditumbangkan PBS dalam pilihan raya 1985, Datuk Joseph Pairin (Tan Sri) tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur kerana perjuangan PBS pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) pada ketika itu dilhat mencabar kepimpinan Persekutuan dengan mengungkit hal berkaitan dengan Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia yang di perkenalkan oleh Datuk Dr Jeffrey dalam perjuangan PBS. 

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1994, PBS menghadapi tentangan hebat daripada BN yang kini diketuai UMNO yang telah melebarkan sayap ke Sabah

Sebelum itu, PBS turut kehilangan beberapa tokoh pemimpinnya seperti mendiang Datuk Mark Kodingyang telah menubuhkan AKAR dan Datuk Yong Teck Lee yang telah menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP) di mana mereka telah menyertai Barisan Nasional. 

Kemasukan UMNO di Sabah telah memecah belahkan perpaduan pemimpin-pemimpin PBS kerana UMNO yang diketuai oleh Mahatir dan Timbalannya Annuar telah memperkenalkan formula PECAH dan PERINTAH yang mana pemimpin-pemimpin PBS yang keluar dan menyertai BN akan diberi jawatan Ketua Menteri Sabah sekiranya melompat dari PBS. 

Maka terjadikan aksi-aksi katak melompat ke BN. 

Siri lompatan ini adalah tajaan Kuala Lumpur pimpinan UMNO yang didalangi oleh Annuar kerana Annuar adalah master mind untuk fomula pecah dan perintah ini di Sabah yang telah diamanahkan oleh Mahatir. 

(ref: http://www.youtube.com/watch?v=f4_hTItpHr4&feature=youtu.be). 

Dr. Jeffrey kembali ke pangkuan PBS dan membantu parti tersebut untuk menghadapi pilihanraya 1999.


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...