Tuesday 12 November 2013

EXCLUSIVE: (1991) DATUK DR. JEFFREY KITINGAN ditahan ISA


(1991) Dr. Jeffrey G Kitingan ditahan ISA


Datuk Dr. Jeffrey Kitingan is the Chairman of STAR Sabah and State Assemblymen for N33, Bingkor, Sabah.
He also contested in P180, Keningau and garnering 11900 strong votes

Dr. Jeffrey, telah berusaha sejak 1986 mendidik rakyat tentang Hak Istimewa Sabah yang dijamin dalam Artikel VIII Perjanjian Malaysia dan 20-PERKARA sambil mengingatkan Kerajaan Persekutuan (Kuala Lumpur) supaya menghormati perjanjian tersebut.

Namun, usaha Dr. Jeffrey ini dihalang oleh Kuala Lumpur. 

Mahatir telah memberi amaran kepada beliau,

“JEFFREY, ORANG-ORANG KAMPUNG TIDAK TAHU TENTANG HAK-HAK NEGERI SABAH DAN 20 PERKARA, KENAPA KITA HARUS MEMBERITAHU MEREKA? LAPORAN DARI SPECIAL BRANCH (POLIS SB) MENGATAKAN BAHAWA KAMU DAN IDS BERTANGGUNGJAWAP MEMBERITAHU RAKYAT…” 

Kemudian tidak lama dari itu, Dr. Jeffrey diburu bagaikan seorang penjenayah oleh pihak polis sehingga beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13hb. Mei 1991.

Dr. Jeffrey ditahan di bawah akta ISA selama 2 tahun 7 bulan. 

Sejak penahanan Dr. Jeffrey ini, tiada lagi pemimpin-pemimpin Sabah yang berani meneruskan agenda menuntut hak ini kerana ditakut-takutkan dengan akta ISA. Ini jelas terbukti bahawa, Kuala Lumpur bukan saja bermain sandiwara tetapi lebih teruk dari itu. 

Kuala Lumpur yang di bawah pimpinan Mahatir menggunakan pentadbiran kuku besi (regime Mahatir) dalam segala hal di Sabah khasnya.

Manipulasi jenayah politik Kuala Lumpur ini telah menjadikan rakyat Sabah kehilangan hak-hak. 

Pada hari ini, selepas 50 tahun, kita menyedari walaupun sedikit berlambat, bahawa Malaysia adalah bukan Malaysia seperti yang dijanjikan kepada kita, iaitu gabungan sama rata di antara 4 buah Negara iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. 

Sabah dan Sarawak telah menjadi negeri ke 12 dan ke 13 sejak penyingkiran Singapura (1965) di bawah jajahan Persekutuan Tanah Melayu! Sabah terus dimanipulasi oleh Kuala Lumpur sehinggalah sekarang!


JadiMasa kita sudah sampai untuk TAKE CHARGE! GOD is watching!

Agenda Borneo – Sejak Dr. Jeffrey dibebaskan dari tahanan ISA, beliau meneruskan perjuangan ini melalui parti politik namun bermacam-macam bentuk tohmahan dan kritikan ditempuhi untuk mencapai hasrat menuntut hak Sabahan. 

Untuk meneruskan perjuangan Agenda Borneo ini, beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan parti politik yang dinamakan “UNITED BORNEO FRONT (UBF)” sebagai landasan meneruskan usaha mendidik rakyat Sabah tentang hak-hak yang seharusnya menjadi hak mutlak rakyat Sabah sejak Sabah diberi kebebasan dari penjajah British pada 31hb. Ogos 1963

(NOTA: PENAHANAN DI BAWAH ISA OLEH KUALA LUMPUR TELAH MEMPROMOSI SATU BENTUK TERROR (terrorist act) KEPADA RAKYAT SABAH AGAR TUNDUK KEPADA KUALA LUMPUR SEPENUHNYA)


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

1 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...