Saturday 9 November 2013

EXCLUSIVE: (1975 – 1976) Isu meletakkan hak minyak kepada Petronas

(1975 – 1976) Isu meletakkan hak minyak kepada Petronas


Keengganan Tun Datu Mustapha untuk menyerahkan kekuasaan minyak petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui Petronas, tidak menyenangkan Kuala Lumpur. 

Sumber mengatakan bahawa Tun Datu Mustapha menuntut supaya Sabah mendapat 35% daripada hasil minyak petroleum Sabah, sedangkan Kuala Lumpur hanya mahu memberi 5% kepada Sabah. Parti USNO pimpinan Tun Mustapha digulingkan oleh Kuala Lumpur!

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan. 

Perjanjian meletakkan hak kepada Petronas untuk mengurustadbir minyak di Sabah sepatutnya diadakan di Labuan pada 6.6.1976 oleh Tun Fuad dan diiringi oleh barisan cabinet Sabah yang terdiri daripada Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah), Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri), Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya), Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri) dan Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri). 

Oleh kerana terma-terma dalam perjanjian minyak berat sebelah maka Tun Fuad membuat keputusan untuk tidak menandatanganinya lalu membawa usul perjanjian tersebut ke Kota Kinabalu untuk dibincangkan dengan kabinet Sabah dan dijadualkan pada sebelah malamnya untuk balik semula ke Labuan untuk majlis penandatanganan. Tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik kerana kapal terbang (jenis Normad) yang mereka naiki jatuh terhempas berdekatan lapangan terbang Kota Kinabalu. 

Secara ringkasnya, Double 6 Tragedy ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah.

(Ref: http://www.youtube.com/watch?v=aYqRqN3-zWo).

Selepas tragedi ini, rakyat Sabah sangat terkejut dan sedih kerana pemimpin-pemiminnya terlibat dalam nahas kapal terbang itu. 

Semasa rakyat Sabah masih lagi berkabung dan dalam keadaan yang tertekan dengan kematian pemimpin-pemimpin Sabah, Kuala Lumpur sekali lagi datang dengan perjanjian meletakkan hak minyak kepada Pentronas ini di Sabah dan Ketua Menteri Sabah pada masa itu (Haris Salleh) telah menandatangani perjanjian tersebut dan disaksikan oleh Pairin. 

Jelas sekali bahawa Kuala Lumpur telah menggunakan mengambil hak minyak Sabah ini secara kekerasan dan tekanan! Kuala Lumpur akan buat apa saja untuk kepentingan Agenda Malaya! 

27hb Ogos 1976, 2 bulan 21 hari selepas peristiwa 'double six', Sabah dan Sarawak diturunkan kedudukan dari rakan kongsi sama rata dengan Malaya kepada sama rata dengan 11 buah negeri di Malaya. Dari taraf negara kepada taraf negeri. Bermula tarikh inilah BLACK YEAR OF SABAH sehinggalah masakini!


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...