Friday 8 November 2013

The saga of YB Jelani Hamdan - BORNEO AGENDA VS MALAYA AGENDA


Jelin Darsanap @ Jelani Hamdan merupakan ADUN N04, Matunggong 



YB Jelani meninggalkan parti MALAYA, iaitu PKR,

Menurut YB Jelani, dia meletakkan jawatan sebagai Naib Pengerusi 1 PKR Sabah, adalah disebabkan beliau tidak dapat bekerjasama dengan kepimpinan PKR dan juga Datuk Lajim Ukin selaku Pengerusi PKR Sabah.

Perletakan jawatan YB Jelani sebagai Naib Pengerusi 1 PKR Sabah, menunjukkan bahawa YB Jelani tidak keluar daripada PKR kerana pangkat dan kuasa. Justeru, apakah sebenarnya yang mendorong YB Jelani bertindak meletakkan jawatan tersebut yang mampu menjamin beliau untuk kekal sebagai Ahli DUN untuk 2 penggal lagi, berdasarkan sentimen pengundian di DUN Matunggong?

Harus diingat bahawa YB Jelani merupakan Naib Pengerusi 1 yang dilantik oleh Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin. Dengan perletakan jawatan tersebut, bermakna imej Datuk Lajim Ukin sebagai pengerusi PKR Sabah juga akan terjejas dan bakal menyebabkan konflik dalaman PKR semakin parah kerana ahli akar umbi PKR kebanyakannya tidak bersetuju terhadap perlantikan Datuk Lajim Ukin sebagai Pengerusi PKR Sabah. 

Malah, pandangan ahli akar umbi PKR Sabah tidak diendahkan dan tidak dibawa berbincang bersama oleh Anwar Ibrahim apabila melantik Datuk Lajim Ukin sebagai Pengerusi PKR Sabah. Adakah dengan langkah drastik YB Jelani tersebut, akan mendorong lebih ramai ahli PKR untuk keluar parti?

Selain itu, Jelani juga berkata bahawa selama ini dia tiada keahlian PKR. Walaupun dia cuba menghubungi pihak atasan untuk bertanya keahliannya, namun dia diberitahu bahawa namanya tidak ada dalam penyenaraian daftar keahlian. Difahamkan juga bahawa YB Jelani Hamdan akan menubuhkan parti barunya yang diberi nama IKATAN.

Logo Parti IKATAN (Belum disahkan setakat ini)

Parti IKATAN dan Penyingkiran parti MALAYA (PKR) dari SABAH,

Tindakan YB Jelani TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PKR dan mempergunakan logo parti PKR semasa PRU-13 ialah strategi politik untuk menyingkirkan parti MALAYA dari bumi Sabah, tidak kira samada parti tersebut parti BN atau PR. 

Strategi tersebut telah berjaya. Sekarang, bermakna Sabah memiliki seorang lagi YB yang berstatus SABAH dan bukan berstatus parti MALAYA. 



United Borneo Front (UBF) a.k.a. BARISAN BORNEO BERSATU

Dengan penubuhan parti IKATAN yang bakal ditubuhkan, adakah Parti IKATAN juga akan menjadi salah satu parti komponen Barisan Borneo Bersatu? 

Spekulasi ini tidak boleh diambil ringan kerana mengikut perkembangan terkini, Barisan Borneo Bersatu semakin bertambah kuat dan semakin mendapat sokongan daripada Sabahan kerana memperjuangkan Agenda Borneo. 

THEORETICAL rivalries of politic in Sabah


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz



0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...