Monday 18 November 2013

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939)


Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

Latarbelakang Sejarah Penubuhan Persatuan Melayu Sarawak

Kesedaran perlunya perpaduan di kalangan masyarakat Melayu amat jelas di kalangan orang terpelajar khususnya di Kuching. Pergerakan nasionalisme di rantau kepulauan Melayu khususnya di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura adalah pendorong kuat ke arah perpaduan orang Melayu di Sarawak.

Akbar Fajar Sarawak yang diterbitkan pada Februari 1930 oleh En.Mohd.Rakawi Yusuf banyak membantu bagi mengembangkan syiar Islam. Pelajaran dan politik selain menekankan ke arah usaha memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu diberi liputan meluas.

Sebuah pertubuhan Melayu di Singapura Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ) yang ditubuh dalam tahun 1926, sebuah pertubuhan Melayu yang pertama bersifat separa-politik telah dijadikan modal ke arah menyatupadukan orang Melayu di Sarawak.

Dengan kesedaran yang kuat serta semangat berkobar-kobar, En. Mohd Rakawi bin Yusuf serta dua orang lagi kawan karib beliau, Tuan Hj. Abdul Rahman bin Hj. Kassim dan En. Johari bin Anang serta disokong golongan terpelajar Melayu lain di Kuching telah menggerakkan penubuhan sebuah pertubuhan Melayu di Kuching.

Pada 10 Oktober 1939 dengan rasminya penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak ( PMS ). Para pengasas utama Persatuan Melayu Sarawak adalah beberapa orang anak Melayu terpelajar.

Seorang pejuang Melayu Sarawak yang dihormati di Sarawak, Datuk Patinggi Hj. Abdillah bin Datuk Bandar Kassim telah dilantik sebagai penaung dan Yang DiPertua pertama PMS disandang oleh Datu Amar Abang Sulaiman bin Abang Taha Shahdan. 

Dua orang pengasas kuat PMS, Tuan Hj. Abdul Rahim Hj. Kassim dilantik sebagai salah seorang Naib Yang DiPertua dan En. Johari bin Anang sebagai Setiausaha Agung yang pertama. 

Pemilihan mereka ini telah dilakukan dalam mesyuarat Agung Pertama PMS pada 13 Januari 1940 bertempat di Kuching kediaman Datuk Patinggi Hj. Abdillah. Kira-kira 700 ahli yang hadir.

READ MORE: CLICK HERE


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...