Friday, 1 November 2013

Ada baiknya kaji semula semua MyKad di Sabah dan buat yang baru menggunakan IC Sabah - DATUK DR. JEFFREY KITINGAN


Datuk Dr. Jeffrey Kitingan is the Chairman of STAR Sabah and State Assemblymen for N33, Bingkor, Sabah.
He also contested in P180, Keningau garnering 11900 strong votes
"Security Guard yang merompak kedai emas di Setapak, Kuala Lumpur BUKAN orang Bingkor tetapi menggunakan IC milik HIKMAN JACOB ABIN berasal dari Kg Sandapak, Bingkor yang pernah hilang tetapi sudah digantikan dengan IC yang baru. 

Setelah disiasat didapati bahawa Hikman Jacob Abin yang sebenar sedang berkerja di Sandakan sewaktu kejadian berlaku. Persoalannya, kenapa ada dua orang boleh memegang IC yang sama dan kenapa ini tidak dikesan? 

Kenapa sekarang kerajaan/JPN mengesahkan IC ini palsu? Kalau palsu, kenapa boleh diguna melepasi imigresen dan mendapat kerja sebagai security guard? Adakah ini satu daripada ribuan PTI di Sabah? 

Ada baiknya kaji semula semua MyKad di Sabah dan buat yang baru menggunakan IC Sabah" ~ 

Datuk Dr Jeffrey G Kitingan.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...