Thursday, 21 November 2013

CABOTAGE DAN DUBAI OF THE FAR EAST - DATUK DR. JEFFREY KITINGAN


UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2014
OLEH DATUK DR. JEFFREY KITINGAN, ADUN BINGKOR

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan is the Chairman of STAR Sabah and State Assemblymen for N33, Bingkor, Sabah.
He also contested in P180, Keningau garnering 11900 strong votes

CABOTAGE DAN DUBAI OF THE FAR EAST

Baru-baru ini YAB Ketua Menteri telah memberi jaminan kepada Federation of Sabah Industries (FSI) (dulu Federation of Sabah Manufacturers) bahawa Kerajaan Sabah akan menyokong menjadikan Sabah/Kota Kinabalu sebagai “Dubai of the Far East” dimana Kota Kinabalu akan dijadikan sebagai hub perkapalan dan perdagangan – “Hub of the Far East”. 

Konsep dan cadangan ini adalah hebat dan boleh mentransformasikan Sabah dan ekonomi Sabah.

Saya ingin menanya disini bagaimana Kerajaan Sabah boleh membantu melaksanakan cadangan FSI. 

Untuk menjadikan cadangan dan impian Hub of the Far East sebagai realiti, memang adanya banyak halangan dan rintangan dan yang terutama sekali adalah Dasar Kabotaj Persekutuan.

Adakah sokongan YAB Ketua Menteri ini bermakna Kerajaan Sabah akan berunding dengan Kerajaan Pusat supaya Dasar Kabotaj itu dimansuhkan.

Sekiranya ini berlaku, saya akan “salute/tabik” kepada Kerajaan Sabah kerana tindakan ini akan membuka jalan yang luas untuk membangunkan perindustrian di Sabah. 

- Akan membuka rintangan dan menarik lebih banyak lagi pelabur-pelabur ke Sabah
Mengurangkan kos pelaburan
- Mengurangkan kos hidup rakyat
- Mengujudkan lebih banyak industri dan kilang-kilang
Menambahkan peluang pekerjaan
- Menambah daya saingan untuk semua sektor di Sabah

Maka saya ingin menanya “Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Sabah untuk melaksanakan Sabah/Kota Kinabalu sebagai Hub of the Far East?”

FULL BUDGET DEBATE: CLICK HERE


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...