UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2014
OLEH DATUK DR. JEFFREY KITINGAN, ADUN BINGKOR
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan is the Chairman of STAR Sabah and State Assemblymen for N33, Bingkor, Sabah.
He also contested in P180, Keningau garnering 11900 strong votes
|
Tuan Speaker,
Persoalannya Apakah Kerajaan puas hati dengan keadaan ini,
Apakah yang perlu kita bangga.
APA STRATEGI BARU ?
“IRI OM IRI”
Dengan budget yang terbesar dalam sejarah tetapi dalam masa yang sama Sabah Kita masih lagi digelar sebagai Negeri yang termiskin di Malaysia!
Sebab itu Tuan Speaker, Kerajaan Sabah perlu sedar bahawa selama ini Sabah telah terlalu bergantung kepada Kerajaan Pusat.
Tanpa sedar kita telah membenarkan kuasa autonomi kita hilang kerana jawatan dan kedudukan serta keistemewaan. Pemimpin-pemimpin telah hilang perjuangan untuk mempertahankan Kuasa-kuasa dan hak –hak kemerdekaan Sabah kita ini.
Maka itu, saya ingin bertanya pendirian Kerajaan Sabah ke atas Perkara-perkara berikut:
1. Isu Pengkajian semula atau Review of The Malaysia Agreement 1963 (MA63) – kerana review ini sepatutnya berlaku 40 tahun yang lalu.
Apakah Kerajaan Sabah berhasrat untuk berbuat demikian dan apakah langkah/tindakan Kerajaan Sabah untuk memastikan ini berlaku?
2. Apakah usaha Kerajaan Sabah untuk mempastikan :-
- Program Borneonisasi dijalankan sepenuhnya
- Apakah pendirian Kerajaan Sabah terhadap Pemindahan / transfer of judges & magistrates KDM yang luarbiasa ke Semenanjung? Bukankah ini bertentangan dengan program/dasar Borneonisasi?
0 comments :
Post a Comment