Vote for STAR!

Only STAR Party can protect and bring back the Truly concept of Independence and Sovereign Country!

Sarawak for Sarawakian!

The Spirit of Sarawak for Sarawakian is getting stronger everyday!

Is this Sabah and Sarawak fate?

Sabah and Sarawak were promised to have a Self-Government. But what happen after 50 years forming The Federation of Malaysia?

Sabah 50th Independence Day

Sabah or formerly known as North Borneo was granted an Independence by British on 31 August 1963

Sarawak 50th Independence Day

Sarawak was granted Independence by British on 22 July 1963

Showing posts with label UVSB. Show all posts
Showing posts with label UVSB. Show all posts

Saturday, 9 November 2013

"Bukalah Mata Hatimu Untuk Mendengar Dan Buanglah Egomu Untuk Menilai"

Sila luangkan masa anda untuk memahami mesej ini... Jangan jadikan diri anda seperti tunggul kayu yang hanya membiarkan diri dihempas ombak penindasan dan penganiayaan. Anda semua adalah harapan Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak yang harus serta mesti mempunyai kapasiti diri untuk melindungi Bangsa anda iaitu Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak yang Merdeka dan Berdaulat yang kini telah dinafikan Kuasa Kedaulatannya dan Kuasa Kemerdekaannya oleh kuasa luar iaitu Kerajaan Malaya/Malaysia. UVSB tidak menggalakkan pemberontakkan dikalangan anda tetapi lebih kepada Kesedaran untuk membawa anda semua berjalan selangkah untuk memastikan hak dan bangsa kita sebagai sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat dikembalikan semula agar segala permasalahan yang timbul kini dapat diatasi oleh Bangsa kita sendiri. Sedarlah wahai semua Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak!

Jangan biarkan diri kita terus ditindas, dimanipulasikan, diperbodohkan oleh orang luar... Ini Negara kita, Tanah Tumpah Darahk kita. Tanah yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Kalau kita tidak mengikuti contoh mereka (nenek moyang kita), sudah pasti kehidupan kita kini lebih teruk daripada sekarang (walaupun keadaan sekarang sudah teruk). Mari kita semua bersama-sama mengubah cara pemikiran kita, mereformasikan pandangan dan persepsi kita agar Generasi kita dimasa depan tidak akan mengalami keadaan seperti mana kita alami sekarang... Sedarkan rakan-rakan kita yang lain. 

Pimpin tangan mereka yang takut dan tidak pasti agar mereka mendapat kekuatan seperti mana anda sudah beroleh kekuatan dan keyakinan tentang jalan kehidupan yang seharusnya dikecapi dan mesti direalisasiknan. Mari kita melangkah dalam satu barisan Kebangkitan Nasionalisme yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita mampu lakukannya kerana "Kita adalah Masa Depan Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak Generasi Muda!!!"

Friday, 8 November 2013

Sebagai seorang yang "SEDAR"

 Sebagai seorang yang sedar, saya sangat berasa kecewa dan sakit hati bila saya bertanya kepada generasi muda di luar sana tentang pendapat dan pandangan mereka mengenai politik zaman sekarang terutamanya politik di tempat kita sendiri. Dengan panjang lebar saya bertanya, menjelaskan dan berkata-kata, mudah saja mereka memberi jawaban, “Sorry, I don’t like politic. Saya tidak berminat”.

Bagi kamu, sebagai seorang yang sedar apa perasaan kamu bila kamu dijawab begitu??.. Kecewa bukan??.. Apa yang perlu kita buat untuk membawa mereka untuk lebih menyedari keadaan sebenar yang sedang Negara kita Sabah dan Sarawak alami sekarang?. Kita semakin hari bukan semakin merasa selesa, bebas atau apa, tapi kita semakin hari semakin rasa tidak selesa, bukan?. Tidak selesa dengan omongan kosong, tidak selesa dengan kedatangan orang asing tanpa dokumen (PTI), dan banyak lagi ketidak selesaan yang kita rasa dan alami. Generasi muda, apakah kamu rasa kamu selesa dengan kedudukanmu di Persekutuan Malaysia sekarang ini?. Apakah kamu selesa diperlaku seperti ‘orang gaji’ di persekutuan ini?. Adakah kamu tahu yang kita (Sabah&Sarawak) sebenarnya ini bukanlah sebuah negeri??. Adakah kamu tahu kedudukan sebenar kita (Sabah&Sarawak)?. Kita membentuk persekutuan ini, bukannya menjadi ‘negeri’ seperti negeri-negeri dalam Malaya.

Saturday, 2 November 2013

Ulasan Bajet 2014 Daripada Perspektif Anak Muda Negara Sabah - UVSB

Hasmin Azroy Abdullah
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Ada rakan meminta saya memberikan ulasan dan buah fikir berkenaan Bajet 2014 yang baru dibentangkan minggu lalu. Sebenarnya, sebagai orang yang tidak mempunyai latar belakang ekonomi (sekadar mengambil subjek ekonomi sewaktu Tingkatan 6), saya cuma ingin memahaminya dengan lebih baik melalui pembacaan dan pemahaman istilah-istilah ekonomi yang digunakan. Memberi ulasan pula sudah pasti sekadar ulasan umum tanpa sokongan fakta teknikal yang mantap. Namun setiap daripada rakyat Malaysia wajar memahami skop perbelanjaan kerajaan kerana itu merupakan hak rakyat. Ia tidak boleh dipandang mudah tetapi harus diusahakan untuk memahaminya sekalipun pada tahap minima.

TERUSKAN MEMBACA: KLIK DI SINI



By, Rajah Raqafluz

Friday, 1 November 2013

"But politic plays you" - UVSB



You don’t have to be a politician to affect the politic but politicians need you to engage in politics. I think you may have heard about a political slogan of “People are the BOSS”, yes we are, but what are we as boss doing now? As a Boss, we have the authority to choose for our employees, but don’t we forget that we actually have the responsibility to comment, teach, guide and lead our employees. 

Most of the people do vote during the election, but when their employees do nothing, they do nothing too. 



By, Rajah Raqafluz

Sunday, 27 October 2013

"Jangan Ajar Rakyat, Dengan Apa yang Rakyat Tidak TAHU"


Perkataan ini telah keluar dari mulut bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir kepada pemimpin negeri  (Negara) Sabah YB. Datuk Jeffrey G.Kitingan (DDJK) pada 26 tahun yang lalu semasa pemerintahan beliau.

Semasa sesi bersembang dan mendengar nasihat daripada DDJKdalam mesyuarat UVSB.

Saya merupakan seorang pelajar yang belajar di IPTA, sedikit sebanyak memahami dan menghayati semangat juang DDJK, dengan pemahaman dan penilaian yang saya lakukan secara terperinci saya mendapati perjuangan beliau adalah sangat penting kepada rakyat Negara Sabah. Pada masa yang sama saya sangat sedih apabila melihat perkataan-perkataan seperti merendahkan beliau, memulaukan beliau, menjatuhkan beliau, dan sebagainya yang mana seringkali kita lihat di media maya. Ini kerana bagi penilaian saya beliau merupakan Pejuang Negara Sabah yang harus kita hargai.

Menurut beliau, Negara Sabah boleh mendapatkan semula kuasa pemerintahannya dan kuasa terhadap ekonomi Negara Sabah dengan adanya perpaduan antara semua bangsa yang ada di Negara Sabah. Ini kerana, Negara Sabah adalah sebuah Negara yang dijajah dengan cara halus melalui teknik “Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)” Mengapa? Dengan cara inilah Negara Sabah senang untuk dijajah, tidak akan dapat bersatu dan sukar untuk mendapatkan kuasanya disebabkan tiada penyatuan suara daripada rakyat Negara Sabah untuk menuntut hak-hak Negara Sabah. Penyelasaian kepada masalah ini adalah melalui “Perpaduan”. Dengan adanya perpaduan ini maka kita akan menjadi Satu Suara yang Kuat untuk menuntut hak-hak Negara Sabah seperti hak keatas ekonomi dan kuasa pemerintahan sesuai dengan 20 Perkara Negara Sabah yang menjadi syarat kepada pembentukan Persekutaun Malaysia.

“Jangan Ajar Rakyat, Dengan Apa yang Rakyat Tidak TAHU” berbalik kepada perkataan ini, kita boleh memahami apakah maksud yang tersiratnya. DDJK sebenarnya mengetahui segala rancangan Tun Dr. Mahathir keatas Negara Sabah. Pelbagai ancaman dan ugutan Perdana Menteri pada ketika itu telah diberikan kepada DDJK sehinggakan beliau dimasukkan ke dalam Internal Security Act (ISA). Ini disebabkan beliau telah mengajar rakyat Negara Sabah tentang apa yang rakyat Negara Sabah tidak ketahui selama ini. Itu merupakan suatu tanggungjawab dan beban yang harus dilaksanakan serta dipikul sebagai seorang pemimpin kepada rakyat yang disayangi. Beliau telah mengajar rakyatnya tentang kesedaran akan hak-hak rakyat, sedarkan rakyat akan kepentingan rakayat Negara Sabah dan sejarah sebenar Negara Sabah. Ini telah membuatkan Malaya berasa terancam dari segi kepentingan politiknya terhadap Negara Sabah sehingga menutup mulut beliau dengan menyumbat beliau ke dalam tahanan ISA.


Pada hari tersebut, beliau sempat berpesan kepada kami selaku generasi muda sabah. “saya sangat berbangga dengan anda semua generasi muda Negara Sabah kerana sedar akan hak-hak sebagai rakyat Negara Sabah, janganlah kamu butakan mata dengan menjauhkan diri daripada politik, selitkan masa walau sedikit pun kepada politik semasa kamu menuntut pelajaran, kerana dulu saya tidak berkesempatan berbuat sedemikian seperti anda sekarang ini. Saya sebenarnya tidak meminati politik tetapi saya sedar, betapa kasihannya Bangsa dan Negara Sabah kerana seperti dipermainkan, diperbodohkan dan diputarbelitkan/dimanipulasikan oleh kuasa luar iaitu Malaya. Dengan itu saya berjuang kerana saya seorang yang SEDAR, seperti juga anda semua yang sudah sedar, teruskanlah perjuangan ini meski pun suatu hari nanti era politik akan berubah lagi kerana saya sebagai pemimpin sudah penat kerana usia semakin meningkat dan suatu hari nanti saya akan pergi, dan siapkah yang akan menjadi pengganti? Orang yang SEDAR itu adalah kamu, maka kamulah penggantinya” 


"Saya sebagai generasi muda Negara sabah sangat teruja dan terharu dengan apa yang beliau katakan, dan sebagai generasi muda sabah yang SEDAR ingin membawa semua generasi muda Negara Sabah dalam perjuangan ini."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...