Friday, 8 November 2013

MALAYSIA tidak pernah merdeka!

MALAYSIA tidak pernah merdeka! Mengapa? Pernahkah Malaysia dijajah? TIDAK! Apa yang perlu disambut ialah Hari Malaysia (Malaysia Day) pada 16 September setiap tahun.

Bukankah dengan mengatakan Malaysia Merdeka, ia membawa erti seolah-olah Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing? Kalau betul Malaysia dijajah, siapakah yang menjajah Malaysia?

Setahu saya, hanya North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapore dan Malaya sahaja yang dijajah oleh kuasa asing iaitu British. Pada 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan Malaya yang bebas daripada kuasa asing manakala Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.

Maka, jangan keliru akan perkara ini yang telah diputar belitkan oleh kerajaan Malaya kerana 'Malaysia' adalah nama yang dipersetujui oleh empat buah negara yang ingin membentuk negara bersekutu.

Walaupun sebelum itu, Malaya ingin mengunakan nama Melayu Raya dalam persekutuan ini (konsep yang dicuri daripada Indonesia yang berkeinginan untuk mewujudkan negara Indonesia Raya) tetapi tidak diterima oleh 3 buah negara kerana ia lebih mengambarkan Kemelayuan.

Maka, sedarlah akan hal ini. Kibarkan bendera Sabah dan bukan bendera Jalur Gemilang kerana jikalau anda sedari, itu adalah bendera penjajah!

Oleh itu, saya menyeru anda sekalian yang menggelarkan diri mereka 'Anak Sabah', 'Bangsa Sabah', 'Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat' dan 'Bangsa yang Berani' untuk bersama-sama kibarkan bendera Sabah sebanyak yang mungkin di halaman rumah, kampung atau sekitar tempat tinggal anda untuk menghidupkan semangat Kemerdekaan yang telah diberikan kepada kita oleh pihak British pada 31 Ogos 1963.

Tarikh inilah yang mesti kita pertahankan walau apa cara sekalipun. Jangan cuba menafikan kenyataan ini kerana ini adalah fakta! Maka, mari kita bersama-sama menyambut hari Kemerdekaan kita. Kemerdekaan Negara Sabah (North Borneo) kerana kita sekali Merdeka, selamanya MERDEKA!

Salam Hormat,

TRULY SABAHAN

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...