Friday, 8 November 2013

Warkah terakhir Rosli Dhoby untuk Orang NEGARA SARAWAK - IBU PERTIWIKU


NEGARA SARAWAK MERUPAKAN NEGARA MERDEKA PADA TAHUN 1841-1946 DI BAWAH PENTADBIRAN RAJAH JAMES BROOKE, RAJAH CHARLES BROOKE DAN RAJAH CHARLES VYNER BROOKE

NEGARA SARAWAK DIJAJAH BRITISH PADA TAHUN 1946-1963

PERJUANGAN ROSLI DHOBI ADALAH TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH (1946-1963)


Warkah Terakhir untuk Orang Negara Sarawak

Surat di bawah merupakan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada ra'ayat Sarawak. Surat ini telah diserahkan oleh Rosli kepada seorang warden yang amat dipercayainya bernama Sumarja Muhammad, atau Pak S. Oleh itu atas nama perjuangan yang belum selesai saya berharap selagi nafas kita masih ada sebarkanlah surat ini untuk kita kemudi negeri Sarawak ini untuk agama bangsa dan tanah air.

-----------------------------------------------------

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saya sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.

-------------------------------------------


Tanggal 2 Mac 1950 beliau telah dijatuhkan hukuman gantung dan dikebumikan di Penjara Kuching bersama-sama Awang Rambli Mohd Deli , Bujang Suntong dan Morshidi Sidek.

Selepas 46 tahun bersemadi di penjara Kuching tanpa bernisan, tulang-temulang mereka kemudiannya dikebumikan semula di Masjid An-Nur Sibu pada 2 Mac 1996. Al Fatihah

Habibah - Ibu kepada Rosli Dhoby
Kubur Rosli Dhoby 

Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...