Sunday, 10 November 2013

Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Negara Sabah

Buku ini, "AGENDA BORNEO: Perjuangan Pimpinan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan Untuk Memartabatkan Maruah Sabah" oleh Nestor Joannes adalah suatu kemajuan yang penting dalam perjuangan untuk memahami, menghargai dan memulihkan Autonomi dan Hak Istimewa Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Buku ini harus dibaca oleh semua untuk memahami kenapa kita mesti bersatu kali ini sekali gus mengukuhkan perpaduan kita demi mencapai Agenda Borneo.

Saya telah berusaha sejak 1986 mendidik rakyat tentang Hak Istimewa Sabah yang dijamin dalam Artikel VIII Perjanjian Malaysia dan 20-PERKARA sambil mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati perjanjian tersebut. Namun, usaha saya ini dihalang oleh Kuala Lumpur. Mahathir telah memberi amaran kepada saya, "Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20-PERKARA, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…" kemudian tidak lama dari itu, saya diburu bagaikan seorang penjenayah oleh pihak polis sehingga saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13hb Mei 1991. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...