Friday, 8 November 2013

Sumpahan "RAHMAN" berakhirnya umno


Mengikut teori yang diadaptasi dari nama PM Malaysia yang pertama, Najib merupakan PM UMNO yang terakhir. Jika dilihat dari permilihan tampuk tertinggi UMNO baru-baru ini, jelas jawatan yang ada masih diduduki oleh muka-muka lama.


Kebanyakkan calon yang mendapat sokongan dari peringkat bawah ditolak oleh peringkat bahagian disebabkan permasalahan "team tag" yang ada di dalam UMNO itu sendiri. Bahkan kekalahan Mukriz dibayangkan dengan politik wang dan ramai yang takut akan bayang-bayang Tun M berkomplot mahu kemaraan Mukriz disekat.

Slogan meremajakan UMNO cuma tinggal kenangan. Orang-orang UMNO sendiri banyak yang kecewa dan marah. Bahkan Menteri amaran dan Menteri tokey lembu yang ditolak terang-terangan oleh orang melayu sendiri masih lagi mampu menang bergaya. Jika dianalisis keputusan PRU 13, BN gagal mengekalkan rentak yang cemerlang dan banyak kerusi dirampas oleh pihak PR.

Jika nanti PRU 14 menjelang, berkemungkinan besar BN akan tumbang disebabkan rakyat sudah mula meluat dengan gelagat pemimpin UMNO. Jika orang Melayu sendiri banyak yang tolak UMNO dan orang-orang Kristian yang masih terluka dengan isu Kalimah Allah, maka tidak hairanlah BN dan UMNO akan berkubur selamanya.

Orang-orang cina dan india sudah lama beralih angin dan menyokong PR. Ini jelas dengan kekalahan teruk parti MCA dan MIC pada PRU13. Cuma sekarang, Sabah dan Sarawak yang masih percaya dan kekal memberi undi menang kepada BN. Tapi, disebabkan sekarang kerajaan masih angkuh dengan menaikkan harga barang serta menurunkan subsidi, saya dapat rasakan rakyat sabah dan sarawak sudah mula marah dan tertipu. Suapan-suapan seperti BR1M dan banyak lagi tidak akan mampu menawarkan amarah hati mereka ini.

Konklusinya, lengkaplah TEORI RAHMAN dan Malaysia akan mendapat PM baru yang bukan dari UMNO pada PRU 14 yang akan datang.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...