KOTA KINABALU: Politik semasa di Sabah sedang dilanda taufan kencang sehingga mampu mengubah arusnya apabila beberapa perkembangan positif di pihak kerajaan menjadi bualan bukan sahaja di kedai-kedai kopi tapi juga di dada-dada akhbar utama dan televisyen.
Terkini, YB Dato' Jelani Hamdan, ADUN N. 5 Matunggong telah membuat kenyataan rasmi peletakan jawatan sebagai sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah yang berkuat kuasa serta merta kerana kegagalan parti itu mengamalkan pemberian autonomi kepada rakyat Sabah seperti dijanjikan parti itu.
Pada masa yang sama Jelani juga tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baru dalam masa terdekat dan meneruskan perjuangan untuk rakyat menerusinya.
Kuasa internet tanpa sempadan mempermudahkan sesiapa sahaja mencapai maklumat dengan cepat. Melalui medium ini dikatakan parti yang akan ditubuhkan oleh Jelani dinamakan Parti Ikatan Rakyat Sabah atau ringkasnya IKATAN berdasarkan paparan dalam laman kumpulan parti ini di laman sosial facebook.
Walaupun kemunculan parti ini belum diumumkan secara rasmi tetapi melalui kiriman dalam laman kumpulan itu, Jelani memberitahu bahawa selain beliau sendiri, seorang lagi ADUN akan menyertai parti baru itu iaitu YB Jeremy Malajad, ADUN Kadamaian. Ini bermakna selepas sahaja parti baru ini diumumkan secara rasmi sudah ada dua ADUN di dalamnya.
Apa yang lebih menarik, ada juga desas desus akan ada lagi ADUN atau Ahli Parlimen dari parti-parti lain di Sabah merisik untuk menyertai IKATAN.
Senario ini juga mendapat perhatian dari beberapa pertubuhan etnik dan badan-badan NGO di Sabah untuk memberikan sokongan padu kepada perjuangan yang sedang dirangka oleh Dato' Jelani Hamdan.
Kenyataan terbaru yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Datuk Hj. Abdul Latiff Kandok melalui laman rasmi facebooknya memberikan gambaran jelas akan sokongannya kepada parti baru ini kerana pada masa ini tiada parti lain yang diwar-warkan ditubuhkan selain IKATAN.
0 comments :
Post a Comment