(1967 – 1975) Tun Datu Mustapha digulingkan kerana tidak tunduk kepada Kuala Lumpur
Tun Fuad Stephen |
Keengganan Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah untuk tunduk kepada kehendak Kuala Lumpur pada tahun 1975, menyebabkan Kuala Lumpur tidak selesa dan melihat tindak-tanduk Tun Datu Mustapha sebagai menggagalkan usaha Kuala Lumpur untuk terus menguasai Sabah.
Oleh sebab keengganan untuk tunduk kepada permintaan Kuala Lumpur maka Tun difitnah bahawa kononnya Tun Datu Mustapha sedang merancang membawa keluar Sabah dari Malaysia.
Mungkin kita masih ingat lagi perkara-perkara yang telah melabelkan parti USNO ini sebagai parti zalim kerana Kuala Lumpur telah memainkan satu sandawara politik yang mana lelaki berambut panjang ditangkap dan digunting rambutnya, perempuan yang memakai mini-skirt ditangkap dan digunting mini-skirtnya sehingga Nampak pakaian dalam dan paderi, pastor, penginjil ditangkap dan dipenjarakan.

Kuasa menangkap iaitu polis dan tentera bukanlah atas kuasa kerajaan negeri tetapi terletak di Kuala Lumpur. Kepolisian dan ketenteraan adalah kuasa dan arahan Kuala Lumpur pada masa itu. Kuasa polis dan tentera telah digunapakai oleh Kuala Lumpur dalam usaha mereka untuk terus menakut-nakutkan rakyat Sabah dan meneruskan usaha mereka untuk menjajah serta mendominasi politik di Sabah.
Maka dengan itu, Kuala Lumpur menaja Parti BERJAYA untuk menumbangkan USNO dalam pilihan raya negeri pada tahun 1976. Dalam pilihanraya tersebut, USNO telah tumbang di tangan BERJAYA.
Tun Fuad dipanggil semula untuk menerajui parti Berjaya ini kerana Haris Salleh tidak mendapat sambutan dari kaum KDM di Sabah pada masa itu kerana Haris adalah kacukan Pakistan dan sangat sudah bagi Haris untuk mendapat sokongan dari kaum KDM (KDM pada masa itu adalah penduduk majority di Sabah).
0 comments :
Post a Comment