Friday, 15 November 2013

Bagaimana sabah boleh mendapatkan kuasa pemerentahan dan kuasa ekonominya semula sebagai sebuah negara? - HENDRY MINAR


BAGAIMANA SABAH BOLEH MENDAPATKAN KUASA PEMERENTAHAN DAN KUASA EKONOMINYA SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA?

Hendry Minar is a candidate for State Reform Party (STAR) for DUN Keranaan, Ranau, Sabah in GE-13

Negara Sabah boleh mendapatkan semula kuasa pemerintahannya dan kuasa terhadap ekonomi Negara Sabah dengan adanya perpaduan antara semua bangsa yang ada di Negara Sabah

Ini kerana, Negara Sabah adalah sebuah Negara yang dijajah dengan cara halus melalui teknik “Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)” Mengapa? Dengan cara inilah Negara Sabah senang untuk dijajah, tidak akan dapat bersatu dan sukar untuk mendapatkan kuasanya disebabkan tiada penyatuan suara daripada rakyat Negara Sabah untuk menuntut hak-hak Negara Sabah. 

Penyelasaian kepada masalah ini adalah melalui “Perpaduan”. 

Dengan adanya perpaduan ini maka kita akan menjadi Satu Suara yang Kuat untuk menuntut hak-hak Negara Sabah seperti hak keatas ekonomi dan kuasa pemerintahan sesuai dengan 20 Perkara Negara Sabah yang menjadi syarat kepada pembentukan Persekutaun Malaysia.

Mari bersama merenung perkara ini demi masa depan sabah dalam malaysia. 

Bersatu kita menterjemahkan.
Jangan lagi kita digula-gulakan.


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...