Wednesday, 27 November 2013

Ahli PKR masuk Umno/BN: BAGAIMANA NASIB PARTY STAR SABAH? - HENDRY MINAR


BAGAIMANA NASIB PARTY STAR SABAH?

Hendry Minar is a candidate for State Reform Party (STAR) for DUN Keranaan, Ranau, Sabah in GE-13


Saya ingin menyatakan disini dasar PARTI STAR SABAH dengan sidang akhbar berkenaan ahli PKR yang kembali kepangkuan UMNO/BN.

Kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh bergantungharap kepada orang lain bagi menyelesaikan permasaalahan kita di SABAH. Ini kerana pihak lain berkemunkinan tidak ada keinginan untuk menyelesaikan masaalah-masaalah kita disabah kerana agenda mereka bukan agenda rakyat sabah. Keutamaan kita juga mungkin bukan keutamaan mereka.

Kita perhatikan perkara berikut.

UMNO/BN.

UMNO / BN hanya berminat melakukan sesuatu demi kepentingan mereka sahaja. Agenda mereka adalah untuk mengekalkan kuasa politik mereka agar mereka ( UMNO/BN) terus menguasai sabah, memungut hasil-hasil dan megeksplotasi sumber-sumber minyak sabah dan menjadikan rakyat sabah seakan tebusan mereka demi memanfaatkan Malaya / UMNO. Mereka mewujudkan pelbagai masaalah disabah agar kita terus bergantung kepada mereka. Apakah kita mahu perkara ini berterusan ?.

PKR / PR.

Keutamaan PKR / PR adalah untuk menakluki putrajaya dan menggantikan UMNO/BN. Selayang pandang, PKR/PR ada mempunyai cirri-ciri kebaikan. Walau bagaimanapun, akhirnya perjuangan mereka ini adalah semata-mata untuk mengekalkan dan melindungi politik mereka sahaja.

Tujuan politik PKR/PR adalah mengambilalih kuasa politik disabah dari UMNO dan meneruskan dominasi dan agenda perti dari semananjung / Malaya yang berdasarkan sabah kekal dibawah pemerintahan mereka / Malaya dibawah PKR/PR disamping terus menguasai dan mengekspolitasi sumber-sumber minyak sabah, hasil-hasil pendapatan sabah dan lain-lain.

Untuk mencapai tujuan mereka, PKR/PR perlu memastikan sabah kekal sebagai negeri ke12 dan ke-13 dalam Malaysia.

Mengapa STAR tidak mahu bergabung dengan UMNO/BN mahupun PKR/PR ?

Ini disebabkan star sabah amat kosistan dengan dasar perjuangannya iaitu mempertahankan Hak sabah dalam Malaysia disamping menjaga kepentingan rakyat sabah keseluruhan tanpa mengira kaum dan anutan agama.

1. Sabah adalah tanah tumpah darah kita, kita mesti memberi kesedaran kepada parti dari semananjung UMNO / PKR bahawa sabah berhak mendapatkan kuasa autonominya dan memungut segala hasil untuk pembangunan sabah dan rakyatnya.

2. Adalah menjadi keutamaan kita menyelesaikan sebarang permasaalahan kita sendiri kerana ianya melibatkan kita sendiri.

3. Kita tidak mahu penguasaan sabah silih berganti manakala rakyat sabah pula terus menderita.

4. Tanah tumpah darah kita adalah tanggungjawab kita.

Bagi beberapa individu yang pada mulanya berjuang dalam PKR/PR dan kini kembali kepangkuan UMNO/BN, pendapat saya adalah kerana mereka ini adalah individu-individu yang kecewa kerana tidak dapat apa yang mereka inginkan semasa PRU-13 lepas dan juga selepas PRU-13. 

Kepentingan kawasan adalah yang utama bagi mereka ini walaupun tidak mengambil kira keseluruhan kehendak rakyat dikawasan mereka berbanding pejuang yang ada dalam star yang ingin melihat kuasa hak sabah dalam Malaysia dikembalikan demi rakyat sabah dan generasi akan datang.

Namun saya berharap agar mereka yang kini kembali kepada UMNO/BN agar dapat terus berusaha demi kemajuan kawasan masing-masing.

STAR SABAH sebelum, kini dan akan datang tidak akan tunduk kepada kekuasan dari UMNO/BN dan PKR/PR selain berjuang untuk rakyat sabah.


Facebook Page: STAR, Sarawak
Facebook Page: STAR N38 JEMORENG
Facebook Group: STAR N38 JEMORENG
Facebook Page: STAR P207 IGAN

By, Rajah Raqafluz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...